Pages

Cinta Pertama

Salam,

Masih ingatkah anda pada CINTA PERTAMA anda? mungkin dah berlalu 10 tahun, 20 tahun yang dulu. Mungkin ada cinta pertamanya pada zaman tadika plus hingusan, atau zaman sekolah rendah time tengah-tengah berebut beli makanan, tersenggol bahu si dia, atau zaman sekolah menengah main-main secret admire, abang angkat lalu terangkat jua. Buruk baik cinta pertama, kita pasti akan ingat. 

Bagaimana kesudahan cinta pertama? Kejap, saya rewind balik. Setakat ini, saya belum punya kawan yang berkahwin dengan cinta pertama mereka. Begitu juga dengan saya. Pengakhiran saya dengan CINTA PERTAMA saya sadis. Dan kalau boleh saya taknak gelarkan cinta pertama saya, saya nak gelar itu SEJARAH HITAM saya.

Zaman saya mula jatuh cinta, telefon bimbit baru je nak menjinak-jinak. Jadi telefon awam jadi mangsa kami. KAMI? Kami tu saya dan sepupu saya. Dia tempat saya berkongsi rasa, rahsia dan sedih bersama-sama. Dekat rumah bukan tiada telefon, tapi bila statement bill sampai tiap bulan, ayah akan membebel tak terkira. Jadi pilihan saya waktu itu ialah telefon awam sahaja.

Kenapa saya gelarkan pengakhiran saya sadis? Sebab saya bukan budak yang cantik, pandai melawa masa sekolah. Senang cerita, orang takkan pandang sekali dan terus jatuh cinta dengan saya serta-merta. Saya lepaskan dia kerana kami tak sepadan dan saya rasa, dia pun rasakan benda yang sama. CANTIK itu perkara subjektif bagi saya. Dan saya anggap, jika lelaki menerima saya, maknanya dia juga menerima kekurangan saya. Saya sedar ketika itu, jika tidak cantik, tiada siapa yang akan memandang. Saya lepaskan, tapi tidak membenci. Selang beberapa tahun selepas itu, dia terserempak dengan saya ketika saya turun dari bas. Pantas mengejar saya, lalu mintak nombor telefon. Ketika itu,saya bertanya "Mengapa?" Dia menjawab, saya dah berubah. Makin cantik!. Okey, kerana itu saya mula membenci dia kembali. Yakin saya boleh jawab, cinta kedua hingga ke dua belas saya lebih baik dari cinta pertama saya!

Saya kerap menjadi penasihat tidak rasmi kepada adik-adik saya, kawan-kawan dan paling ganjil ialah orang yang baruapproved friend dengan saya di facebook, dia terus minta nasihat tentang cinta. Pelik, tapi saya ikhlas nasihatkan dia walau saya pun tak yakin dengan apa yang saya nasihatkan. Tapi, jangan minta nasihat saya tentang cinta pertama. Saya blankdan lansung tak reti nak nasihat apa. Bila saya tengok adik saya yang bongsu, saya bagai lihat diri saya di cermin. Dia tak tumpah seperti saya cuma yang berbeza saya lebih rajin kemas dari dia. Bila saya tahu,dia mula bercinta, saya siasat dalam-dalam siapa lelaki itu,berapa umur dia,apa yang dia buat waktu lapang. Malah saya inbox lelaki tu, tanya apa hubungan .
Mengapa saya jadi begitu protective? Sebab saya tak mahu dia menjadi seperti saya. Hating the first love memories.

Saya bahagia dengan CINTA KEDUA BELAS saya (haha..sila garu kepala masing-masing) , iaitu suami saya sekarang. Dia kenal saya ketika saya masih gemuk, tidak cantik, kurus sekejap dan gemuk kembali. Dia bersahabat dengan saya sebelum kami jatuh cinta. Dia CINTA KEDUA BELAS saya yang masih saya ingati sehingga kini. 





See ya through next post!

Salam

Assalamualaikum..

Cita-cita nak buat blog ni sebenarnya dah lama. Dah pernah create tapi on/off sebab masa tu tengah pregnant.
Terlintas nak buat semula sebab rindu nak menulis, rindu nak meluah, rindu nak coret macam-macam. 

Menulis ni ibarat satu cita-cita bagi saya, bukan hobi sebab pernah bercita-cita menjadi penulis yang berjaya (haha..)
Dulu saya menulis jika ada 'inspirasi'. Tidak kisah siapa,apa dia, di mana, kalau 'Inspirasi' tu datang saya akan menulis.
Those who know me since im secondary school, especially zaman-zaman duduk asrama yang takde hiburan,
saya luahkan segalanya di dalam buku tulis. Cerpen, novel pendek, diari pendek kata habis buku tulis bukan 
sebab banyak latihan. Selepas pindah sekolah asrama ke sekolah harian, saya masih teruskan dengan minat saya.
Pernah berkongsi minat dengan seorang sahabat. Dia mengimpikan untuk buat majalah persendirian dan kami mengandaikan saya dan dia seperti Clark Kent & Chloe Sullivan. Impian tinggal impian. 

Saya impikan sesuatu yang 'BESAR' kini. Sedang berusaha dan bertawakal. Doakan saya untuk itu!

See ya through next post.